Aku Bahagia kalau Kau Bahagia

Saya bahagia kalau awak bahagia walau bukan bersama saya’Bullshit.Awak, saya nak tanya awak. Macam mana awak kata awak bahagia kalau ‘kebahagiaan’ awak tu tak bersama awak?Kau sayang dia setengah mati. Bila orang tanya tahap berapa sayang tu pun kau tak boleh nak letak. Aku tak pelik sebab aku pun kadang-kadang macam tu. Tak reti nak gambarkan macam mana. Secara logiknya, perasaan tu memang satu elemen yang tak boleh nak define dengan mudah. Menggunakan angka sebagai ukuran bukan satu benda yang relevan.Tapi cara yang mudah untuk bagi gambaran mana tingginya sayang kau dekat dia tu melalui perbuatan atau tingkah laku. Orang kata bila dah sayang, kita sanggup buat apa saja. Korban selagi ada, bagi selagi boleh, ikut selagi mahu, tolong selagi daya. Takde sebab lain. Satu-satunya kau buat atas tiket sayang. Walau kau penat lelah, tapi semua tak penting. Keutamaan kau bukan lagi diri kau sendiri. Tapi dia. Perkara lain jatuh selepas dia dalam senarai kepentingan yang kau cipta. Asal dia senyum, kau dah cukup gembira. Walau kau perlu lap keringat belakang dia. Walau kau perlu tahan air mata selepas tu.Takpe. Sayang punya pasal.Aku faham bila semua yang kau buat tu atas dasar sayang. Cuma aku tak boleh terima konsep konon kau bahagia walau dia tengah bahagia dengan orang lain.*Mengeluh*Kalau kau kata kau masih mampu senyum tu bahagia, meh sini aku tapak dahi kau. Itu bukan bahagia. Itu pura-pura bahagia. Hakikatnya kau masih menangis dan derita dekat belakang. Hanya kerana kau tak nak dia tahu letak duduknya keadaan kau, kau terpaksa nampak kuat.Kau mungkin keliru dengan kata-kata kau bahagia kalau dia bahagia. Bahagia yang macam mana. Bila kau dah buat segalanya untuk dia, tolong dia itu ini, serah apa saje selagi tak menyerahkan yang tak sepatutnya sebelum sampai masa untuk dia happy, yes, kau pun boleh happy. Tapi bukan sampai ke tahap dia bersama dan berkasih sayang orang lain. No. Oh, come on. Macam mana kau boleh okay dan cool tengok dia berpimpin tangan orang lain sedangkan jiwa kau ada pada dia."Sacrifice is one of the purest and most selfless ways to love someone"‘Aku ihlas cintakan dia. Kalau bahagia dia bukan bersama aku, aku rela.’Kau mungkin tak sedar yang kau hanya betul-betul bahagia kalau dia bahagia walau tak bersama kau saat kau dah mula lepaskan dan sayang kau terhadap dia mula terhakis. Jangan tipu diri sendiri. Mustahil selama perasaan sayang tu masih ada, kau tak berharap untuk dia terus bersama kau. Kalau perlu dia lepaskan orang lain, kau seolah akan berdoa dia buta pada sekeliling.Jangan kata rela kalau hati merana, sayang.Kawan aku pernah kata,Kau bahagia bila kau rasa bahagia. Bukan dengan tengok dia bahagia. Dalam soal cinta, kau buat baik tapi taknak dia tahu tu tak wujud. Tanya diri sendiri kenapa kau buat baik dengan dia.*Tarik nafas, hembus*Ada benarnya dalam cakap dia.Kadang-kadang, dalam cinta, satu sisi yang ramai orang tak sedar, yang kau tahu dan mahu lakukan cuma memberi, bukan lagi menerima. Mungkin kau rasa menerima bukan lagi satu benda yang kau perlu. Atau kau penat menunggu sehingga tak lalu. Cukuplah.Kau bahagia bila kau rasa bahagia. Mungkin ini buat aku bahagia walau sekejap cuma, dan dia akan terus bahagia.

No comments: