Harini still off day . So since dah three days berkurung dalam rumah tak kemana,tetiba rasa nak main masak masak . Lama dah kot since last time aku try nak buat resepi baru sejak jadi wanita bekerjaya nih wahaha wanita sangatttt kerjaya sangattt !
Okay yaa tuan tuan puan puan , harini Chef Atien nak try buad crepe yg kenkononnya femes kebaboom gittew sekarang nih . Tapi mostly orang suka dengan Durian Crepe kan .Memandangkan durian tu musuh tradisi aku sejak zaman berzaman , jadi i've changed it to JAGUNG . Yes ! Corn Crepe gittew deh .
Tak susah pun sebenarnya nak buad crepe nih . Tapi part yang paling susah masa nak masak crepe bagi nipis nipis , licin licin tak merekah macam muka opah yg berumor 100 tahun .
Baiklah tuan tuan dan puan puan *ehem bajet
Bahan bahan yang diperlukan untuk membuat Castard Corn Crepe adalah :
(nih adunan untuk buad crepe)
100gm tepung gandum
100gm tepung ubi
80gm tepung jagung
80gm tepung Hoen Kwe putih (kalau nk beli yg berwarna siap2 pun takpe)
100ml air <--- act,tadi aku campak ikot suka aku jaa tapi aku agak2 100ml laa
2 biji telur gred C (kalau pakai gred A guna sebijik pun aku rasa dah okay)
2 sudu makan minyak jagung
2 sudu makan gula halus
2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh garam
pewarna secukupnya <--- aku guna warna hijau,pink and purple
*Resepi nih aku ubah sikit sebab kalau ikot resepi asal,tak banyak sangat jumlah crepe tu dlm 4,5 keping jaa.Kalau ikot resepi aku,Insha Allah 12-15 keping pun boleh
(adunan untuk inti kastard jagung)
1 tin jagung manis
2 biji telur kuning
375ml susu cair
60gm gula <--- pakai gula castor cepat sikit sebati
50gm tepung gandum
20gm mentega
3/4 sudu makan tepung kastard
1 susu teh esen vanilla
1/4 sudu teh garam @ secubit garam
Baiklah tuan tuan puan puan , mari kita mulakan cara cara utk membuat Castard Corn Crepe !
(buat crepe dulu)
First, dalam satu bekas campurkan kesemua tepung tadi then ayakkan tepung tu
Masukkan garam
Gula castor/halus
Esen vanilla
Minyak jagung
Masukkan air
Telur
Then kacau sampai benda alah nih sebati . Dedulu masa study ERT yang nih org panggil apa ey ? Barter kan kalau tak silap aku lah . Ntah lupa dah hehe .
K awas ! jangan sampai terlalu pekat atau terlalu cair . Sebab boleh kasi effect masa kita nak masak dia sangat . Hati hatilah anda mampu mengubahnya eekekekekeke !
Lepastu,aku bahagikan adunan nih kepada 3 bekas sebab aku nak buad tiga warna.Sebab tu lah aku guna tepung Hoen Kwe yang berwarna putih . Tapi kalau anda anda semua guna tepung Hoen Kwe yg dah siap berwarna pun its okay its alright bukan masalah petala langit ketujuh pun .
Masukkan pewarna peberottt anda
dah
TADAAAAAAAA !
Iouls giler suker bapak ahhhh dengan warna hijau Uoulssss *gediksss
okay ! adunan untuk crepe dah siap so ketepikan dulu adunan nih kita buad inti jagungnya pulak
Memula ayakkan dulu tepung gandum ke dalam bekas
Lepastu masukkan gula . Macam aku kata pakai gula castor senang sikit sebab dia cepat cair masa pukul and cepat sebati.So tak payah nak kena tunggu lelama sangat .
Lepastu plak masukkan dua bijik KUNING TELUR yaa
Masukkan sebahagian daripada sukatan susu cair tadi
kacau sampai sebati
Masukkan garam
Masukkan baki susu cair yg selebihnya
Masukkan esen Vanilla
Masukkan tepung kastard and kacau sampai sebati
Bila dah siap,rupa dia akan jadik macam nih
but wait ! belum siap lagi lahhh
Panaskan adunan tadi atas API YANG PERLAHAN dan kena kacau selalu kalau tak nanti dia jadik macam ketul ketul tak cantik ahhh !
Lepas dia dah pekat and dah macam meletup meletup tu,tutup api.
Kemudian masukkan mentega dengan satu tin jagung tuh Nyumm nyumm !!!
Lepas dah sejuk,masukkan dalam bekas
Then cover dia dengan foil paper or apa apa jela lepastu simpan dlm peti sejuk bagi dia cool cool dulu
Panaskan kuali leper untuk menggoreng adunan crepe tadi
oleskan sikit minyak atau margerin pun boleh pun bolehhh
Bila kuali dah sederhana panas,masukkan sedikit adunan crepe lepastu goyang goyangkan kuali supaya adunan tu rata.Masak sampai crepe jadi menggelembung sikit lepastu angkat.
Nih crepe yang dah siap dimasak
Ambil sekeping crepe kemudian letakkan inti kastard jagung diatasnya then lipat mcm bantal busuk atau mcm lepat pisang pun bole . Ikot suka hati kau lah Senah !
TADAAAAAAAAAA !!!
Siap dah castard corn crepe itew anyonyonyo berwarna warni dihari raya betul !
Macam macam saiz ada haha padahal lipat macam apa lagi .Manalah aku nak tau aku pun baru first time buad benda alah nih .Jangan nak jangka elok sangat mcm dekat bakery shop pulak hehe
Selamat mencuba ! Jemput makan Ngapppppp ! Ambuih gelojohnya punggg ^___^
Lupa kata harini Abah balik kerja awal,sibok try buad crepe sampai lupa nak masak nasik .Last last abah kata ''buat meggi dekat abah dik'' tsk tsk tsk sian Abah makan meggi .
Then teringat pulak yg Mak puasa harini . So buadkan mak Roti Sosej Telur
Roti Sosej Telur khas buad bondaaaa ! Lulz poyo sangat !
Benda cenggini tayah resepi kot benda senang cemni semua orang pun mampu buad kan =.='
Well Atien,harini rajin ehh memasak . Rumah dah siap kemas dah ? Aigooo bagi aku duduk dapur 5,6 jam pun aku mampu , aku rela , aku sanggop ! Tapi suruh aku mengemas,pegang penyapu 5 minit jaa aku dah naik MELUAT ! ish ish ish buroknya perangai Atien . Aceno nak kawin nih ?
Tayah kawin ahh ! bukan ada orang nak pun anyonyonyo drama giloss hiks !
SELAMAT MENCUBA AND HAPPY THURSDAY PEOPLE !
No comments:
Post a Comment