Dulu masa mula mula jejak kaki dekat Uni , hati rasa tak best . Selama sebulan yg pertama , asyik rasa berat hati . Selalu rasa berbolak balik . Yela, dah laa pertama kali berjauhan dari family , mana nak catch up segala budaya baru , subject baru . Aku mengaku , aku susah nak ikut budaya sini . Belom pun rasa punya satu geng yg aku rasa betul betul best , yg betul betul bole sekepala sebulu .
Doa, tak pernah putus tiap kali lepas solat . Mintak Allah permudahkan mana mana part hidup aku yg aku kira payah nak control . Alhamdulillah , Allah permudahkan dengan menghantarkan manusia yg baik atas nama SAHABAT untuk bantu aku lalui selok belok hidop as a student dkt sini . Yup , first sem segalanya terasa susah . Insha allah mohon the next sem rasa ragu ragu , susah hati sepanjang dkt Uni akan hilang .
Thanks , sudi jadi kawan . Sudi permudahkan kehidupan dkt sini . Hari hari aku penuh kelucuan kerana mereka .
No comments:
Post a Comment