Oh Lelaki Oh Perempuan








Lelaki oh Lelaki
Tak semua perempuan tu pandang hati
Jadi kau siap-siapkan lah diri
Dengan harta berguni-guni
Dah kau sendiri nak muka macam Angelina Jolie
Maintanance tinggi
Setakat pakai kereta Kenari
Makwe kilang sekarang pun demand tinggi
Mintak-mintak perempuan gini dapat dijauhi.

Perempuan oh Perempuan
Tak semua lelaki berperangai setan
Masih ada yang siuman
Yang jenis tak pandang kau punya cutting badan
Yang prefer muka keibuan
Jadi tak payah la kau asyik nak buat perbandingan
Muka kau dengan Emma Maembong bagai langit dan lautan
Jadi jaga la perangai jangan jadi murahan.

Lelaki oh Lelaki
Tak semua perempuan pandai luahkan rasa hati
Jadi kau tengoklah kanan kiri
Mana tau hint-hint dah diberi
Jangan lah kau asyik buat tak reti
Makwe sakit hati pun kau boleh lepak Nasmir sampai pagi
Siap pulak kau bermention-mention dengan Nani, Hani, dan Abby Abadi
Nanti aku takut kau makan kaki
Baru kau tahu erti hidup ini.

Perempuan oh Perempuan
Tak semua lelaki jenis yang kau idamkan
Jenis apa kau mintak semua dia lambak penuh satu taman
Kau ni pun beragak agak lah kan
Kerja baru nak masuk 3 bulan
Kau dah mintak cincin berlian
Kau ingat kau kawan dengan jutawan?
Atau anak Sultan?
Come on la, pakwe kau tu pun tak cukup makan
Siap paw kau hujung bulan.

Perempuan oh Lelaki
Harap kau semua mengerti
Hidup bercinta tak manis hari-hari
Ada masa orang akan pergi
Ada masa kau sendiri lari
Harap kau tak makan diri
Harap kau tak rabak serupa ada orang mati
Setakat baru bercinta 3 bulan dah sampai nak bunuh diri
Kau nampak aku punya kaki?







via Terfaktab

1 comment:

eynaa Lovava :) said...

hahahah, ohsemm beb :D nice